Wednesday, December 21

Cantik Ke?

"Kecantikan adalah hak milik setiap insan..."

Ya, kecantikan itu milik semua! Setiap orang ada sisi cantik yang tesendiri. Kadang2 kita sediri tak sedar tang mana cantiknya diri kita. That's why ada yang rasa rendah diri sebab rasa die tak cantik.

Cantik tu subjektif. Ada orang tak cantik tapi die pandai mekap, nampak cantik jugak. Ada orang tu die pandai jaga penampilan dia. Ada jugak orang yang yakin dengan pembawakan diri die. Cantik ni bukan kat muka aje. Tuhan buwat seluruh anggota badan kita, then bukan cantik kat muka aje yang dipetaruhkan. Tak sume orang pandang kecantikan tu pada wajah aje. Contohnya ai sediri. Ai suka tengok kuku. Kalo cantik kukunya ai akan kelaskan die sebagai orang yang cantik. Kalo boleh tengok kuku kaki lagi baik. Tehehe...

Pada ai memang adat la kalo orang sekang suka memandang kecantikan luaran, atau dengan kata laen cantik kat muka aje. Tapi kalo rasa mukanya tak cantik sangat jangan la pulak sampai malu nak begaul ngan orang, nak jumpa orang tu, nak wat benda ni. Cakap kat diri sediri, "Aku cantik". Tak salah kalo sekali sekala kita angkat bakul sediri. Biarlah orang nak cakap kita perasan pon, as long as kata2 tu boleh wat kita yakin. Macam ai cakap tadi, keyakinan tu boleh wat kita nampak cantik ;)

Tapi jangan melampau pulak. Susah jugak kalo dah tau diri tu cantik. Kot ye pon cantik ngalahkan Miss World, jangan over pulak, sampai nak cari pasangan pon nak yang perfect. Kononnya die tu cantik sangat sume orang hadap dengan muka die yang cantik tu. Ingat ek, tak sume pandang kecantikan luaran aje.

Ai beminat ngan nasihat Erra kat protegenya. Antara kata2nya:
"Kecantikan ni subjektif. Ada orang tu badan die kurus, pastu die kata die tu slim. Ada orang tu die gemok, pastu orang kata gemok tu comel. Cantik tu macam2. Bagi die tak cantik, tapi bagi orang laen cantik! Yang pentingnya cantik bukan kat luaran saje, yang dalam pon kena cantik jugak. Yang tu kekal selama2nya."

Besederhanalah, kerana sederhana itu amalan Nabi SWT.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...