Thursday, December 29

Pada Syurga Di Wajahmu

Dalam dok layan fb tengok video kat sorang kawan punya wall. Die post lagu Pada Syurga Di Wajahmu nyanyian Nash. Tibe2 je teringat penah ada sorang kawan tujukan lagu ni tuk ai. Layan la jugak teringat kenangan lama T_T


Tuhan sengaja menduga kita
Di mana kesabaran manusia
Engkau isteri yang ku sanjungi
Lambang semangat cinta dunia

Pasti engkau terkenangkan
Peristiwa semalam
Saatku menggadaikan cinta
Pada onak duri asmara

Entah di mana akal fikiran
Hingga sesat di jalan yang terang
Ini suratan yang diberikan
Menguji kekuatan jiwa

Waktu engkau ku lupakan
Dalam kemarau panjang
Betapa hatimu rela
Demi melihatku bahagia

Kau menahan segala seksa
Di hati hanya berdoa
Mengharapkan aku kan pulang
Agar terang cahaya
 
Ku yang hanyut di arus dosa
Di laut ribut melanda
Dan berenang ke pelabuhan
Kasih sayang sebenar

Air mata cinta darimu
Ku menjadi rindu
Pada syurga di wajahmu
Tiada tanda kau berdosa

Biar aku cium tanganmu
Membasuh lumpur di muka
Ku yang hanyut berarus dosa
Di laut ribuit melanda

Kau menahan segala seksa
Di hati hanya berdoa
Ku berenang ke pelabuhan
Mencari cinta sebenar

Kan ku tahan apa hukuman
Di hati hanya berdoa
Biar aku cium tanganmu
Sekali lagi bersama

Bukan sekali jalan berduri
Hanya Tuhan yang pasti
Mengerti...

Wednesday, December 28

Kenapa Kereta 2nd Hand Jadi Pilihan?

Murah
Barang tepakai lebih burah bebanding barang baru *pebandingan untok product & brand yang sama*

Masih baru
Teutama yang jual tu jenis orang yang suka tukar2 kete *jangan suka tukar2 pasangan sudah*. Tak pon orang tu jual sebab dah xlarat nak bayar monthly.

Dah siap modify
Dah xpayah susah2 nak modify lagi

Banyak kete yang bekenan dan xde kat pasaran.
So tepaksa beli jugak yang 2nd punya. Contohnya Proton Perdana & Perodua Kembara. Wah, contohnya kete Malaysia! Meluncurlah dengan bangga di jalan raya dengan produk Malaysia *iklan jap*.

Baru dapat lesen & dalam proses belajar bawak kete.
Nak beli kete baru takot langgar sana langgar sini, rugi la. Belajar dulu ngan kete yang xberapa nak baru then bila dah expert baru beli kete baru.

Tuesday, December 27

Tips Memilih Calon Suami

Kalo nak pilih antara 2 atau lebih, jangan pilih orang yang kita sayang sebagai teman. Tapi pilihlah orang yang kita tak boleh hidup tanpanya. The problem is, how about if the man who we can't live without can't accept us? Weee.... Camne tuh? Then pilihlah Mr. Man who really love you, who will make you go on with your life *although without the man who you can't live without*

Sunday, December 25

Diet Rasulullah

Jangan makan AYAM besama SUSU
Jangan makan DAGING besama SUSU
Jangan makan IKAN besama SUSU
Jangan makan IKAN besama TELUR
Jangan makan IKAN besama DAGING
Jangan makan IKAN besama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU besama CUKA
Jangan makan BUAH besama SUSU (contoh: KOKTEL)
Nabi cegah kita makan ikan besama susu sebab ia akan buwat kita cepat dapat penyakit. Dan dah tebukti bila ada ilmuwan yang jumpa dalam daging ada ion + dan dalam ikan ada ion -. Jadi kalo dua2 makanan ni becampur akan adanya tindak balas kimia yang akan rosakkan usus kita.

...dipetik daripada emel seorang rakan yang prihatin...

Saturday, December 24

Rawatan Untuk Lemah Pundi Kencing

Ini bukan iklan Poise oke! Ini rawatan untok jangkamasa panjang. Macamana?

Senaman Kegel.

Senang aje.
Kemut *macam tahan kencing*. Tahan 8-10 saat pastu lepaskan pelan2. Boleh buwat bile2 mase, tak kira dalam keadaan posisi macamana *kecwali kalo nak tekencing, nanti tak pasal kena batu karang pulak*. Pastikan kemut otot pelvis *kawasan tempat nak kencing*, bukannya otot punggung @ otot perut, oke! Senang kan?

Sumber daripada: Majalah RAPI

Friday, December 23

Ibu atau Bibik?

Dato' Dr. Mashitah penah cakap *dalam magazine* kalau sempat die nak tengok anak2 die kawen, die nak tengok cucu2 die. Tapi cucu2 die tu die tanak jaga. Kenapa?

Kata nenek sorang kawan ai:
Nenek nak bemain dengan cucu, bukan nak jaga cucu...
Masa kita kecik2 dulu mak kita yang jaga kita, takkan anak2 kita pon nak mak kita jugak yang jaga?
Kalo tanak jaga anak jangan beranak!

Perasaan dan Penghayatan

Sukarnya untok menghayati seswatu tampa meletakkan diri kita di tempat itu. Walau pon kita tidak dapat merasainya sendiri namun sekurang2nya kita bejaya menghayati perasaan itu. Tampa adanya perasaan itu dalam diri kita, tiada juga penghayatannya.

Wednesday, December 21

Cantik Ke?

"Kecantikan adalah hak milik setiap insan..."

Ya, kecantikan itu milik semua! Setiap orang ada sisi cantik yang tesendiri. Kadang2 kita sediri tak sedar tang mana cantiknya diri kita. That's why ada yang rasa rendah diri sebab rasa die tak cantik.

Cantik tu subjektif. Ada orang tak cantik tapi die pandai mekap, nampak cantik jugak. Ada orang tu die pandai jaga penampilan dia. Ada jugak orang yang yakin dengan pembawakan diri die. Cantik ni bukan kat muka aje. Tuhan buwat seluruh anggota badan kita, then bukan cantik kat muka aje yang dipetaruhkan. Tak sume orang pandang kecantikan tu pada wajah aje. Contohnya ai sediri. Ai suka tengok kuku. Kalo cantik kukunya ai akan kelaskan die sebagai orang yang cantik. Kalo boleh tengok kuku kaki lagi baik. Tehehe...

Pada ai memang adat la kalo orang sekang suka memandang kecantikan luaran, atau dengan kata laen cantik kat muka aje. Tapi kalo rasa mukanya tak cantik sangat jangan la pulak sampai malu nak begaul ngan orang, nak jumpa orang tu, nak wat benda ni. Cakap kat diri sediri, "Aku cantik". Tak salah kalo sekali sekala kita angkat bakul sediri. Biarlah orang nak cakap kita perasan pon, as long as kata2 tu boleh wat kita yakin. Macam ai cakap tadi, keyakinan tu boleh wat kita nampak cantik ;)

Tapi jangan melampau pulak. Susah jugak kalo dah tau diri tu cantik. Kot ye pon cantik ngalahkan Miss World, jangan over pulak, sampai nak cari pasangan pon nak yang perfect. Kononnya die tu cantik sangat sume orang hadap dengan muka die yang cantik tu. Ingat ek, tak sume pandang kecantikan luaran aje.

Ai beminat ngan nasihat Erra kat protegenya. Antara kata2nya:
"Kecantikan ni subjektif. Ada orang tu badan die kurus, pastu die kata die tu slim. Ada orang tu die gemok, pastu orang kata gemok tu comel. Cantik tu macam2. Bagi die tak cantik, tapi bagi orang laen cantik! Yang pentingnya cantik bukan kat luaran saje, yang dalam pon kena cantik jugak. Yang tu kekal selama2nya."

Besederhanalah, kerana sederhana itu amalan Nabi SWT.

Monday, December 19

Janda Meletop!!!

Status kat fb... Dulu ai gunakan status 'married'. Dah bosan ai tukar jadik 'single' pulak. Ai memang camtu, dari dulu lagi. Hanya 2 status nih aje yang ai gunakan. Kalo tak 'married' mesti 'single'. Kalo ase dah bosan ngan 'single' ai wat la 'married' pulak. Tapi bukan 'married' betol2 oke!

Nak dijadikan cite, ade sorang kawan ai nih. Die penah wat status 'married', tapi bile die nak tukar to 'single' otomatik jadik 'widow'! Hah, amik kaw! nak tanak tepaksa la die go on ngan status 'married' die tuh, walau pon still anak dara lagi & single mingle tadepakwe pon lagi *kan dah tutop pintu orang nak tekel*

Yang herannya ade yang pecaya ngan status kat fb nih. Kalo wat 'single' pakat dok caya yang die tuh single, padahal anak dah bederet! Kalo status kat fb tuh betol maknanya ai nih antara janda yang meletop la ek? Mana taknye, kejap aje single dah married. Pastu single lagi, married pulak.

Nak camne ek orang camni? Laku ke? Boleh lah... Kejap aje pegang statsu single dan ade yang cekup. Tapi status married pon kejap aje jugak! Hurmmm... Boleh jugak kelaskan orang camni as 'perempuan murahan'.

Ai bukan camtu oke! Hanya di status fb aje :p

Sunday, December 18

Saya Comel ;)

Saya tau saya comel ;)
Saya tau kecomelan saya makin betambah :p
Tuk sape2 yang jeles dengan kecomelan saya nih jangan jeles lagi oke!
Sebab saya akan kurangkan kecomelan ini at least sama macam saya tinggalkan UKM dulu...

...macam ye aje nak kurus...

Saturday, December 17

Kenapa Kena Gosok Gigi Sebelom Tido?

Hehheh.. Cuba malam ni nak tido jangan gosok gigi. Kompem bangun pagi sok dengan mulut yang tak selesa. Nak senyum pon takde selera, apa lagi nak becakap, makan. Kalo dah gosok gigi awal2 *sebelom tido* kita boleh wat sume tuh elok aje.
Yerk, makan tak gosok gigi!

*jangan lupa gosok gigi sebelom tido*

Thursday, December 15

Do Your Own Work

Tahu & laksanakanlah peranan sendiri.
Agar kita tidak campur tangan urusan orang laen yang tak sepatutnya kita 'kecohkan'.
Dan supaya kita dapat laksanakan tugas kita dengan baik.
Supaya kita tidak bealasan untok membuwat tugasan kita dengan bekualiti mengikut masa yang ditetapkan.

Tuesday, December 13

Terbaikkah Yang Pertama?

1st impression. Andaian kita di saat mula2 kita tengok/ dengar seswatu.

Soalan yang diberi:
Bolehkah 1st impression itu diubah?

Jawapan nakal ai:
No! Never, never, never! Kalau the 1st impression diubah, tu bukan 1st impression namanya. Dah jadi 2nd impression dah. Kalo ubah lagi jadi 3rd pulak, pastu 4th and so on.. Hehhehheh :p

Jawapan budak baik:
Sometimes 2nd is more better than 1st *not only for impression*, after we know the truth.

Value:
Jangan telalu ego tuk ubah pesepsi lama anda, kerana ia akan merosak segalanya.

Monday, December 12

Improve Youself

Janganlah mudah bepuas hati dengan apa yang dikecapi hari ini. Teruskan beusaha untok capai hasil yang lebih baik.

Sunday, December 11

Tips Hadapi Perasaan Dicurangi, Diduakan & ...

Frust sangat bile tau orang yang kita sayang ada orang laen. Meaning that there are 3rd person among us. 

Wait! Sebelom kita tuduh die curang, duakan kita, tak setia or anything else, pikir dulu "betol ke die menduakan aku?" Selidik dulu kebenarannya. Kalo dah sah dah die ade orang laen then itu lah jawapannya. Bukan jawapan kepada soalan "betol ke die menduakan aku?" BUKAN! Jawapan kepada betol ke dah ade orang laen.

Aha! Kat sini ai ada tips camne tanak rase die duakan kita. Klisekan aje, "die tak penah sayang aku, then takde istilah die duakan aku". Walau pon die penah cakap die sanggup sehidop semati, lautan api sanggup direnangi, apekebenda lagi, anggap aje die tengah hafal skrip. Dengan cara ni kita takkan bemusuh dengan die dan dapat teruskan kehidupan macam biasa *Insya ALLAH*. Life must go on oke! Chakde!

...tips ni memang kena kepada sape2 yang cintanya tak tebalas...

Thursday, December 8

Cuti-Cuti Malaysia

Pulau Langkawi, Melaka, Cameron Highland, Kuala Lumpur.
Antara tempat2 yang sering jadi pilihan tuk dilawati, teutamanya rombongan sekolah. Hei, bukak mata, bukak minda. Banyak lagi tempat yang boleh dijelajahi, yang belom diterokai. Atau dengan kata laen kita tak pegi pon lagi. Malah ada tempat2 yang lebih menarik untok dilawati bebanding tempat2 kat atas. Setiap negeri ada tarikan tesendiri.

Wednesday, December 7

Benar Sebenar Benarnya

Bekatalah dengan benar, walau pon ianya pahit.
Sesungguhnya kebenaran itu adalah sangat pedih untok diterima.
Oleh itu, bediamlah.
Kerana diam itu adalah emas.

Tuesday, December 6

Layak Ke Jadi Guru?

Layak @tidak kita jadi guru biarlah students kita yang tentukan. Mereka yang dapat menilai/ membuktikan kelayakan kita untok jadi guru. Bukan sekeping ketas yang kita terima masa ari konvo, BUKAN!

"Alangkah baiknya jika kita dapat jadi guru kepada diri kita sediri.
We're the best teacher for ourselves."

Siapa guru?
"Sesiapa yang beilmu, bemal & mengajar, dialah seorang guru."

Monday, December 5

Anak Padi vs Manusia

"Anak padi ni xleh tanam sebarangan *rapat2*, mereka pelukan ruang tuk tumbesaran. Begitu juga manusia, kita pelu saling hormat-menghormati barulah boleh hidop dengan aman..."
- via Fearless @TV3.

Anak vs Suami

Ada sorang kawan ai, boleh pulak die bandingkan istri2 kat Mesia nih ngan istri2 kat negara omputih. Katanya bini2 kat sini suka lebehkan anak nak bandingkan ngan laki sediri. Seolah2 anak tu dah jadi gape antara laki bini. Katanya lagi, sepatutnya istri kena lebehkan layan suami bebanding anak2.

Kenapa mesti pilih antara suami dan anak? Dua2 ai sayang lah *Insya ALLAH*. Kita kawen dengan suami sebab adanya rasa CINTA. Kenapa mesti CINTA itu kian suram dengan kehadiran si anak? Betol ke anak tu pemisah CINTA ibu dan bapaknya? Bukan ke anak tu lahir dari hubungan kasih sayang suami istri? Anak itu lambang CINTA suami dan istri. Kenapa bukti CINTA itu mesti dihapuskan?

"Pilihlah suami kerana die teman hidup sepanjang hayat.
Pilihlah anak kerana mereka lambang CINTA kepada suami.
Pilihlah keduanya kerana mereka melengkapkan hidup sebagai khalifah."

Sunday, December 4

Bahagia

"Kita akan rasa lebih bahagia jika kita dapat ubah diri kita jadi lebih baik"

Sama2lah kita berusaha untuk jadi lebih baik; baik dari segi ilmu, baik juga dari segi amal. Adalah lebih baik jika ilmu dan amal itu diseimbangkan antara dunia dan akhirat. Insya Allah ilmu dan amal itu mendapat rahmat dan keredhaan dariNya. Amin..

Dan di sebalik kebahagiaan yang dinikmati pastinya ada tercalit kesedihan walau pon hanya sebesar zarah. Anggap sahaja itu ujian yang diturunkan olehNya kepada kita. Harungi segala cabaran yang dihadapi, Insya Allah kebahagiaan yang lebih akan dinikmati. Kerana kita telah berjaya melebihbaikkan ilmu dan amal kita semata2 untuk hadapi ujian itu.

"Kadang2 Allah hilangkan matahari dari pandangan kita, malah diturunkan pula hujan dan petir. Puas kita menangis mencari matahari, rupanya Dia ingin hadiahkan pelangi yang indah.."

Friday, December 2

Ustazah Pilihan

Jelesnya masa tengok Ustazah Fira terima trofi Ustazah Pilihan malam tadi. Trofinya cantik, kaler ungu! Kalaulah trofi tu ai yang dapat, hurmmm... Whatever congratulation to Ustazah Fira. You're the best, that's why you got the tittle 'USTAZAH PILIHAN'.

Thursday, December 1

Welcome

Hi, I'm Ainn Natrah. Welcome to my blog!
Hai, saya Ainn Natrah. Selamat datang ke belog saya!

This blog actually as a present for my birthday. Although I'm 24 years old right now, but there's never too late to start. Not too old to learn, not too late to turn. And this is my blog, so it's up to me to write whatever I want, oke!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...