Saturday, July 20

Penuh!!!

Alhamdulilla... Di malam ke11 Surau al-Ridzuan penuh! Sampaikan kena ambik ruang dari belah laki. Ain pulak bukan main malas nak gi. Dah nak masok Isyak, dalam 15 minit je lagi tebukak ati nak gi surau. Tepikir jugak kalo x gi surau belom tentu lg nak wat trawih tu kat umah.

Alhamdulillah rezeki Tuhan nak bagi. Sempat jugak dok kat saf ke2. Dah abes Isyak baru toleh blakang tengok ramai yg bdiri nyandar kat dinding sebab dah xmuat. Ada la jugak dalam 20orang. Diorang boleh ke bejemaah Isyak tadi ye?

Dah ramai gini kena ambik balik bahagian laki yg dah dtutup. Macam malam petama n kedua pulak ramai2 gini. Rasa syukur sangat tebukak ati last minute nak gi surau. Dapat jugak bejemaah ramai2.

Thursday, July 18

Malas

Kata sahabat Nabi SAW,  baginda penah bekata:

"Barang siapa yg 'melayan' perasaan mala s, nescaya tidak ada pintu kebaikan untuknya..."

...via tazkirah sbelom trawih

Wednesday, July 17

Solat Witir

Teringat zaman belaja dulu. Penah dipesoalkan ngan family and kengkawan bile ada yang becakap masa solat witir antara rakaat ke2 dan ke3. Selalunya kite wat witir ngan 2salam. Dah bg salam petama, makcik2 kat surau tu sempat lg borak sbelom bangun tuk rakaat k3e.

Masa tu tepikir jugak: eh, kan xabes lg solat? Nape diorang bole cakap2 pulak? Tapi kite kan dah bagi salam, means dah di luar solat. So bole la nak cakap2 pon kan? Tapi kan xabes lagi kan? Baru 2rakaat kan?

Alhamdulillah... Selepas betahun, finally dapat jugak jawapannya. Tazkirah sbelom trawih malam tadi ustaz cite pasal solat witir. Benda baru yg Ain baru tau:
Solat malam kena disudahi dgn solat witir! Sbelom2 ni kalo tejaga malam2 + kalo rajin wat solat hajat je. Solat witir? Ain wat masa bulan pose je. Tu pon pas smayang trawih.

Ustaz cakap ad 3 cara nak solat witir di bulan pose. Solat trawih pon dikira solat malam jugak.
1) Tak wat pon solat witir lepas solat trawih. Nanti malam dn wat tahajud, baru wat witir.
2) Wat teros 3rakaat pas trawih. Malam nanti dah xpayah buat dah.
3) Pas trawih wat 2rakaat je. Pas tahajud wat 1rakaat je lagi.

**Mana yg lebih senang? Ain pilih cara ke2, takot nanti xjaga malam o ada halangan yg xleh nak smayg malam tu.

Thursday, July 11

Salam Ramadhan

Ari ni dah masok ari ke2 kite pose. Alhamdulillah, dah 2malam jugak kita buat amalan yg xleh dbuat di bulan2 laen, solat terawih. Mudah2an tahun ni dah xmiss solat terawih lagi, dah xnak ponteng2 lg. At least wat jugak 8rakaat. Dah wat 8rakaat, imam xsiap lagi die nak wat sampai 20 kite pulak jgn balek gitu je. Jangan lupa penutup solat terawih, 3rakaat je.

Dah pose ni, hati2 semoga xde tebuat pekara2 yg boleh membatalkan pose. Ati2 jugak supaya xde buat benda2 yg boleh kurangkn pahala pose. Jaga mata, jaga telinga, jaga lidah. Jaga jugak jari2 yg menaip ni. Semoga amalan kita diterima olehNya. Amin.

Friday, July 5

Rahsia Waktu Solat

Zuhur:
Waktu tok berehat dan makan, so masa nilah masa yg seswai nak ngadap Allah

Asar:
Waktu nak abesnya siang, bemakna tamat jugak waktu keje seseorang. So kite pelu berehat sbelom jumpa malam.

Maghrib:
Waktu pemulaan malam.

Isya':
Waktu slepas Maghrib, waktu yg seswai nak ngadap Allah.

Subuh:
Waktu pemulaan manusia melihat dunia.

Tuesday, July 2

Kisah Isteri Yang Melahirkan

Sebelom melahirkan anak, ketika menghadapi kontraksi nak besalin:

Isteri: Aku takot la nak besalin. Aku takot sakit, takot susah nanti nak meneran.
Kawan: Ko ikut je apa doktor cakap. Teran je. Jangan pulak ko mintak nak operate. Rasa susah nak besalin tu nikmatnya jadi ibu. Yg penting mintak maaf ngan mak ko, ngn laki ko. Mintak diorang doakan pemudahkan segalanya.
Isteri: Aku malu la...

Selepas Si Isteri selamat melahirkan anak...

Suami: Ayang tau x nape awak susah nak beranak?
Isteri: Ni kan pengalaman petama Ayang...
Suami: *merenung tajam ke anak mata isteri* Sebab awak tak mintak maaf pon ngan saya!

Isteri: Aku sedih sangat bile laki aku cakap camtu. Dah la masa aku nak beranak tu die xtemankan aku pon. Die dok luar je.
Kawan: Ko tak mintak maaf ngan die ke?
Isteri: Aku ingatkan die dah maafkan aku...
Kawan: Mak ko?
Isteri: Ak tak sempat nak call die. Die pon xdatang pon, jaga anak akak aku la tu. Takdanya die nsk tinggalkan budak tu semata2 tuk aku...

***banyak pengajaran yg menginsafkan diri ini... 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...