Kalo anak2 ataw adek2 ke sape2 yang ajak pegi mana2, xtahu jalan bukan lagi alasan yang boleh diguna pakai. Dengan adanya teknologi GPS, ade aje jawapannya "GPS kan ada!" So pasni kalo rase malas nak layan kehendak diorang yang nak bejalan tuh pikir2lah alasan laen. Jangan pulak cakap GPS anda rosak! Nanti tak pasal betol2 rosak pulak benda alah tuh!
Thursday, January 26
Tuesday, January 24
Hormatilah Mereka
Hormatlah seseorang itu kerana pangkat yang dimilikinya. Kerana dengan jawatan yang kita miliki sekarang belom tentu kita juga akan turut sama menyandang jawatan itu.
Hormatlah seseorang itu kerana usianya. Kerana di usia sekarang belom tentu kita juga akan mencapai usia itu.
Carilah apa sahaja kelebihan yang ada pada orang laen, yang mana kita tidak milikinya. Tidak kira siapa dia, apa pekerjaannya, bagaimana rupanya. Kerana dengan cara itu akan membuatkan kita lebih menghormati mereka.
Hormatilah orang laen jika kita mahu dihormati.
Sunday, January 22
Hati-Hati Bila Parking
Yes, make sure your car betol2 selamat kalo nak parking kat satu2 tempat, esp kalo nak parking kat tempat bukan khas untuk parking. Biasanya tejadi kalo pegi mana2 tempat yang jadi tumpuan ramai. Biasanya kat taman pemainan atau tempat lawatan. Tak pon kat shopping complex. Nak2 pada hari cuti macam ni. Masing2 nak bawak family menikmati hari cuti besama2. Jangan pulak elok aje dok sonok2 ngan family alih2 bile nak balik hati luluh tengok bumper kete dah remuk kena rempuh.
Thursday, January 19
Tips Menjawab Cemuhan Mentua
Mentua:
Macam mana la anak aku boleh bekenan kat ngkau, sampai wat bini pulak tuh!
Menantu 1:
Pandangan orang muda tak sama ngan pandangan orang tua. Anak mak tu muda lagi, sebab tu la die bekenan kat saya. Takkan die nak bekenan kat kawan baik mak tu pulak!? Laen la kalo die tu baya mak :x
Menantu 2:
Dah jodoh saya ngan anak mama. Bekenan ke, tak bekenan ke kalo dah jodoh kitorang tetap kawen jugak :p
Menantu 3:
Amboi, sedapnya mulut mummy cakap! Apa mummy dah lupa sape yang datang merisik saya dulu? Sape yang datang pinang saya nak jadikan saya menantu mummy?
Hurmmm....
Saturday, January 14
Tips Langsing Dengan Air
Kalo setakat nak cakap kena minum air kosong at least 2liter sari rasanya tak pelu kot. Rata2 dah tau kepentingan air tuh. Kali ni ai nak bagi tips laen sket.
Minum 5 gelas air kosong setiap pagi.
Bangun pagi2 jangan makan apa2 lagi. Minum air kosong dulu 5 gelas. Air ni akan bantu kita buang toksin dalam badan yang tak dipelukan.
Tanpa gosok gigi?
Ya, tanpa gosok gigi! Sebab tu kena gosok gigi sebelom tido. Jangan lupa duduk masa minum oke!
...Rasul SAW sendiri amalkan minum air sejuk *bukan air yang disimpan dalam ice box atau ice* setiap pagi. Insya ALLAH jauh dari penyakit...
Wednesday, January 4
Tips: Kurangkan Perut Buncit
Actually pekongsian ilmu *tips* ni secara tak sengaja. Masa tu ai minum air, dan akak ai nampak la adik die nih tak senonoh minum air sambil bediri.
"Patut la perot buncit, minum bediri!"
Tatau la fakta ke just auta je sebab takde pulak penerangan secara saintifik. Tapi ai penah cuba, dan ada hasilnya. Mungkin disebabkan dah jadi habit, sekang perut ai dah membuncit lagi ngalahkan ibu mengandung! Oke kita sama2 cuba. Kita tengok hasilnya selepas 30hari. Set kat remainder cepat! Yang penting jangan minum air sambil bediri lagi oke!
*Ukur lilit sekang jangan lupa catat pulak*
Tuesday, January 3
Saya Nak Kurus!
Tinggalkan junkfood a.k.a makanan segera *atau dengan kata laennnya jajan* anda dengan segera. Jangan seskali makan jajan buwat sementara waktu nih. Tapi, ini bukan bemakna anda boleh makan jajan puas2 bila dah capai berat badan ideal. Boleh, tapi dengan kuantiti yang sedikit aje, oke!
*Semalam ai dah makan jajan puas, sebab ari ni dah nak stat kuruskan badan*
Monday, January 2
Kisah Hati
Lagu ni ai tau dari fb sorang kawan ai. Dah lama dah, sekang dah jadi calon juara lagu dah pon. Bukan maen lagi die dok kate lagu ni best, dan komen2 yang seangkatan dengannya. Ada yang cakap sampai nanges2 tengok video + dengar lagu nih. Ai pon excite nak tau jugak trai bukak. Tapi ase cam biasa je! Maybe ai nih jenis xreti nak hayati lagu kot! Bukan ai sorang aje tau komen kat post die cenggitu, ade sorang lagi yang sependapat ngan ai *menunjukkan ramai yang setuju ngan die*
Hurm... die siap komen camni kat ai:
"ain:ko pon same ngan *nama kawan die yang tak setuju ngan die*..xreti menghayati lgu..sila dengar lagu die elok2.."kau melengkapkan aku"..ayat sgt2 indah kot..:P.."
Yeah, we complete each other, like puzzle! Itulah makna cinta yang ai pegang selama nih. Kalo yang tu memang ai setuju, tapi memang susah la nak hayati lagu nih. Maybe sebab ai nih tak minat penyanyi tuh. Dah la videonya tak abes2 asyik bepelok aje!
Atau mungkin jugak ati ai nih dah keras, dah tetutup, xde ruang lagi tuk CINTA.
Tiada perasaan = Tiada penghayatan
Hurm... die siap komen camni kat ai:
"ain:ko pon same ngan *nama kawan die yang tak setuju ngan die*..xreti menghayati lgu..sila dengar lagu die elok2.."kau melengkapkan aku"..ayat sgt2 indah kot..:P.."
Yeah, we complete each other, like puzzle! Itulah makna cinta yang ai pegang selama nih. Kalo yang tu memang ai setuju, tapi memang susah la nak hayati lagu nih. Maybe sebab ai nih tak minat penyanyi tuh. Dah la videonya tak abes2 asyik bepelok aje!
Atau mungkin jugak ati ai nih dah keras, dah tetutup, xde ruang lagi tuk CINTA.
Tiada perasaan = Tiada penghayatan
Sunday, January 1
Azam Tahun Baru
Today is 1st day for 2012. Biasanya bila dah melangkah ke thun baru bekepok2 azam disematkan. Pelu ke azam ni? Ya, pelu sangat2. Sebab azam yang akan dorong kita tuk capai kejayaan. Kalau kita nakkan seswatu kita pelu buat pesediaan selengkapnya. Supaya kita dapat hadapi segala cabaran dengan tenang. Tapi kalo kita xbuat any preparation atau preparation yang kita buat xlengkap sudah tentu kita akan takut nak hadapi ujian2 yang bakal diterima.
Azam = Matlamat
Everyday kita ada matlamat. Kenapa bila tiba tahun baru je baru nak pasang azam? Beazamlah, bukan hanya di awal tahun. Tetapi beazamlah di awal pagi di saat anda memulakan hidup di hari baru.
Kenapa Saya Beli Kereta Baru?
*Feedback daripada Kenapa Kereta 2nd Hand Jadi Pilihan?*
- Masa beli *kete 2nd hand* memang la murah. Kalo dah rosak kena baiki sana baiki sini ntah2 jadi lebih mahal dari kete baru
- Tentunya masih baru! Sebab kita the 1st owner.
- Kalo nak modify boleh modify ikot selera kita.
- Kalo kete yang diidam dah xde anggap aje bukan rezeki. Tentunya ia beganti dengan yang baru yang pastinya lebih baik.
- Kot ye pon nak belajar guna la yang elok. Nanti kang sebab dok guna yang cepat rosak, yang dah elok2 boleh bawak kete jadi xpandai pulak.
Ai pegang yang ni je:
Orang takan jual kalo tak rosak.
Subscribe to:
Comments (Atom)