"Kita akan rasa lebih bahagia jika kita dapat ubah diri kita jadi lebih baik"
Sama2lah kita berusaha untuk jadi lebih baik; baik dari segi ilmu, baik juga dari segi amal. Adalah lebih baik jika ilmu dan amal itu diseimbangkan antara dunia dan akhirat. Insya Allah ilmu dan amal itu mendapat rahmat dan keredhaan dariNya. Amin..
Dan di sebalik kebahagiaan yang dinikmati pastinya ada tercalit kesedihan walau pon hanya sebesar zarah. Anggap sahaja itu ujian yang diturunkan olehNya kepada kita. Harungi segala cabaran yang dihadapi, Insya Allah kebahagiaan yang lebih akan dinikmati. Kerana kita telah berjaya melebihbaikkan ilmu dan amal kita semata2 untuk hadapi ujian itu.
"Kadang2 Allah hilangkan matahari dari pandangan kita, malah diturunkan pula hujan dan petir. Puas kita menangis mencari matahari, rupanya Dia ingin hadiahkan pelangi yang indah.."
No comments:
Post a Comment